Followers

Pelajaran 1 - Apa yang korang perlukan untuk buat duit online tanpa modal?


Sebelum aku menyampaikan perkara penting kepada korang, terlebih dahulu aku ingin minta maaf sebab memang lama giler tak kemaskini blog ni & aku juga ingin minta maaf kalau ada mana2 artikel di dalam blog ni buat korang geram dah seumpamanya.
Aku dapat rasakan, mesti masih ramai di luar sana (korang2 yang baca blog nih) belum dapat buat duit online di internet. Apa yang dikongsikan di dalam blog ni pun boleh aku katakan secara sambil lewa. Takda penerangan atau sistem / jadual secara teratur dan lengkap untuk membolehkan korang mendapat duit dari internet.
Sebab itu, aku rajinkan diri aku untuk menaip artikel ni untuk kebaikan kita bersama. Kali ni, aku cuma ingin kongsikan tentang apa yang korang perlukan untuk buat duit online tanpa modal. Terus terang aku katakan, mustahil buat duit online tanpa modal. Sebabnya;
  1. Modal ini ada banyak maksud. Ia bukan sekadar merujuk kepada duit, bahkan segala kelengkapan yang digunakan serta masa yang dihabiskan turut termasuk dalam kategori modal.
  2. Habis? Kenapa sebelum ni hang sibuk2 kata boleh buat duit tanpa modal? Sebenarnya, kalau korang perhatikan betul2 kesemua artikel, nama blog, deskripsi blog semuanya diletak dengan perkataan buat duit online tanpa modal. Inilah yang dipanggil seo. Teknik untuk menaikkan kedudukan blog di enjin carian seperti google.com mengikut kata kunci tertentu. Perkataan "Buat duit online tanpa modal" ialah kata kunci yang aku guna.
Sekarang, aku nak cerita apa sebenarnya korang perlukan untuk buat duit di internet ni. Mula2 sekali, pastikan korang ada email. Aku sarankan korang buat 3 E-mail dari penyedia email percuma yang berbeza. Antaranya;
  1.  Yahoo.com (Sebab ada fungsi Yahoo Messenger) - Yang ni buat satu je email.
  2. Gmail.com (Sebab ada fungsi gtalk) - Untuk gmail, buat 2 akaun email.
 Amaran! - Jangan gunakan / masukkan sekali email peribadi di dalam senarai 3 email tersebut. Sebab, aku nak korang fokus sebab khuatir korang hilang fokus bila email dari kawan, dan seumpamanya masuk dalam inbox, terganggu kerja korang nanti. Sebab lain lak, aku tak nak email peribadi korang kena spam. Jadi, jangan guna. Aku dah terlanjur guna sebab dulu main tibai je. Tak fikir dulu. Lagipun, mana de orang nak ajar.-.-" Kalau korang tak tahu cara daftar akaun email, cari je tutorial kat google. Berlambak aku tengok. Kat youtube pun ada.

Kedua, korang kena ada perbankan online supaya korang boleh menerima bayaran dari pihak2 tertentu. Perbankan online ni terbahagi kepada 2, iaitu dalam negara dan global. Yang dalam negara seperti Maybank & Cimb Bank, RHB bank. Aku sarankan korang ada ketiga2 akaun bank tu. Atau paling tidak ada akaun CIMB atau Maybank2u. Jangan lupa lak daftar untuk perbankan online bagi ketiga2nya kalau dapat. Kalau tak tahu, tanya kat pekerja bank caranya.

Bagi global pula (seluruh dunia gunakan) iaitu paypal & alertpay. Bagi akaun paypal, korang perlukan kad debit atau kad kredit untuk mengesahkan akaun tersebut supaya korang boleh mula menghantar & menerima bayaran. Gunakan akaun RHB bank untuk paypal, sebab duit dalam paypal boleh dimasukkan ke dalam akaun RHB bank secara terus.

Daftar akaun paypal di sini :  PAYPAL
Daftar akaun alertpay di sini: ALERTPAY

Bila dah mendaftar, pastikan korang ada simpan salinan password, dll bagi akaun perbankan online dan email korang. Simpan je dalam notepad. Kalau lupa, boleh tengok balik.

Ketiga, kebalkan pc/laptop korang dengan antivirus. Aku sarankan guna Avira antivirus & Malwarebytes sebab dua ni aku tengah guna sekarang. Benda ni penting sebab aku tak nak maklumat penting dalam pc/laptop korang kena curi tanpa korang sedari. Lagi2 maklumat akaun bank.

P/s: Nantikan artikel seterusnya aku nak cerita cara korang boleh buat duit melalui laman sosial seperti facebook & Twitter. Kalau ada apa2 soalan, tinggalkan je komen di bawah artikel ni. Nanti kalau rajin, aku balas. Pastikan korang dah ada semua yang aku nyatakan kat atas untuk memudahkan korang "follow up" apa yang aku bakal ajarkan.